INTRODUCTION- Tak kenal maka tak cinta - Gunung Kemerlong 29/04/17

Assalamualaikum wbt. Entry kali ini adalah dari saya Cik ta (akak paling kepochi tapi di sayangi dalam cacin' hikers)hahahaha.. 😁

Hari ni akak ada free time sikit, jadi akak nak citer macam mana akak leh terjebak dengan cacin' hikers. 

Sebelum ni, akak stay KL dan kadang-kadang memang selalu jugak la ragaih bukit-bukit kat kl tu dengan kawan-kawan. so bila transfer kerja kat Sungai Petani, aktiviti hiking ni dah terkubur. sebab takde geng dan tak tau mana nak tuju. mereput gak la dalam 2 tahun tak buat apa.. haha.. sampai la one day, akak nampak kawan akak dalam FB like satu group hiking ni. "Kemerlong Guide". Bila bukak page tu nampak Achik ada open trip tuk Gunung Kemerlong pada 29 Apr 2017.

Dalam hati, ish "this is the time lah nak start balik". Tapi risau gak, pergi lone ranger je boleh ke? dah la beginner. Pace macam siput je. hiking pagi buta pulak tu. risau aih! so akak PM achik, tanya this and that about Gunung Kemerlong. bgtau dia yg akak akan pergi sorang je. dia cakap, "xpe kak, ramai yg akan pergi ni dalam 30 org". uish ramai nya.. macam askar masuk perang.. hahaha.. sebab experience sebelum ni selalu pergi dengan kengkawan je. tak pernah pergi reramai camni. jakun sekejap. 😂😂😂

2-3 hari nak sampai waktu trip tu, dok terpikir camne nak gerak p Sik sorang-sorang kul 12 malam tu sebab achik suruh tunggu kat Petron Sik pukul 1pagi. Haish, kang dalam perjalanan nampak "sesuatu" mau patah balik jugak kang. hahaha.. so dengan muka tak malu, memberani kan diri tanya dalam group hiking kemerlong siapa yang gerak dari SP? sebab nak convoi atau carpool. lama jugak takde response dari wassap group tu. Ah sudaaaah.. camne ni.. akak suspense dah. Tetiba ada orang dalam group tu bersuara "saya dari SP. Kalau nak joint boleh la sekali. nanti PM tepi" .. Alhamdulillah syukurrrr.. hahahaha.. ada gak hero dalam tu nak bantu akak. sempat gak akak bukak profile wassap dia tgk sape tu yg jd hero akak tewwwwww 😆😆😆

So masa tu lah akak kenal CIKGU SAYUTHI. Hi cikguuuuuu!! hahaha.. dia bagitau dia berempat dan akan gerak dari KFC Econsave pukul 11 malam.. lega aih ada orang leh convoi.. so sampai waktu akak gerak g sana.. jumpa cikgu dan cikgu perkenal kan kawan dia nama TEBUAN. Hi Tebuaaaaan!! (pertama kali dalam hidup ada orang guna nama binatang. comel betul) hahahah.. so ada dua orang lagi belum sampai. tunggu punya tunggu dalam 15 min ada kereta putih sampai. Masa tu lah kenal HAKIM dan KHAIREL. Hi caciiiiiinnnn keraweeet!! hahahaha.. 

Dan dari situ lah bermula pengembaraan hutan bersama cacin cacin ni. Group cacinhikers makin membesar bila Hakim memperkenal kan cacinhikers pada kawan-kawan beliau. Nada si kenit mula joint masa di Penang Hill. As dan Byy masa di cherok tokun hill. Jon dan Panjang masa di Irau.

Dan frankly, akak bersyukur sangat Allah temu kan dengan "the correct person" untuk akak explore dunia hiking ni. Setelah beberapa kali hiking dengan cacin cacin ni akak tengok betapa cacin cacin ni mengambil berat antara satu sama lain. kalau sorang injured, semua tanggung sama-sama, jalan sama-sama. kalau bagpack anak-anak dara ni berat, cacin cacin ni lah yang pikul kan air-air mineral kasi bagpack kami ringan. hahahha.. tak pernah yang lelaki nak speed tinggal kan perempuan yang siput ni kat belakang. diorang mesti ada untuk sweep kami. in fact, bonding ni bukan waktu hiking je. its more than that. 
haih.. tq korang. Cik Ta sayang korang!!

So bawah ni ada la skit akak up gambar masa Trip Gunung Kemerlong v1.



Masa ni baru sampai peak. rasanya dalam pukul 6 pagi. Oh yea, nak cerita sikit mengenai Gunung Kemerlong ni. asyik cerita pasal akak je, bosan pulak orang 😆. 
Gunung Kemerlong terletak di Kg Bendang Man, Sik, Kedah. Berketinggian 706m / 2316ft . Trip kali ni memang bertujuan untuk attack sunrise. sebab tu kami start hiking pada pukul 2.30pg. Dalam 1 jam pertama, berjalan mengikut laluan balak baru dan lama. lepas laluan balak, bermula lah sesi memacak tanpa henti. No discount okay. tak de landai langsung. Masa ni kau nak patah balik pun tak boleh dah sebab gelap gulita. hahaha.. padan muka.. ambil masa 2 jam jugak untuk sampai ke puncak. memang barai habis nak sampai. tgk muka kat bawah ni sudah lah. hahaha.

Di saran kan pakai glove untuk gugurls yang nak jaga kehalusan kulit tangan sebab banyak pokok berduri dan akar kayu. pada penakut pacat, pakai la stocking tinggi-tinggi. bawak la spray baygon ke, air serai wangi ke, air tawar dari bomoh ke asal kan ko dapat halau pacat dari gigit kau. Memang banyak gila woih. Geli geleman habis!! hahaha..


Sejujurnya, masa ni 1st time akak hiking waktu gelap hanya berteman kan headlamp. Memang masa ni mulut tak berhenti berzikir la. takut woih. takut hantu pun ye jugak. hahaha.. dah la mental sebab tengok cahaya headlamp orang yang padu-padu semua sayup je kat atas kita. haih. kalau tak sebab takut dok sorang-sorang dalam hutan tu akak jamin setiap setengah jam akak berhenti. hahaha.. tapi sebab akak follow belakang cikgu, cikgu pulak tak berhenti langsung, jadi akak pun follow je la dia. dalam hati "cikgu ni tak reti nak slow ke?" hahaha.. so gambar ni betul-betul masa baru sampai. Bersepai muka akak masa ni. tapi tetap senyum lah. muka kemenangan campur muka mintak nyawa. 😂😂


Mamat khairel ni, masa 1st time jumpa sombong gila! punya la tak mesra alam, masa orang lepak-lepak dia siap sumbat telinga dengan headset. anti social betul 😜 . tapi bila dah lama kenal, tak de cacin ni rasa sunyi hidup cacinhikers. kelakar gila dia ni dan sangat caring. sape je cedera atau memerlu bantuan dia sedia membantu. kenal ke tak kenal ke dia akan step forward ke depan tuk bantu orang. thumbs up to you.


Abam paling cool dalam cacin hikers. selalu sweep kami yang perempuan-perempuan ni kat belakang. biar dia sampai peak atau turun lambat pun tak pe janji kami semua selamat. muka je nampak garang, tapi dalam hati penuh taman bunga. 


Paling kiri tebuan dan tengah-tengah tu cikgu. Abang-abang paling otai dalam cacinhikers.

Tebuan punya trademark "mintak nyawa" dan "2 corner je lagi".. setiap kali tanya je mesti cakap "nak sampai dah, 2 corner je lagi" tapi tak sampai-sampai pun. hahahaha.. 

cikgu adalah abang yang kami semua paling respect dalam cacinhikers. kalau cikgu bg pendapat semua dengar. kalau nak bangkang pun selalu khairel la. sebab dia banyak songeh. hahahha.. cikgu kena ada selalu dengan kami sebab kami semua anggap cikgu macam leader kami. salute skit! 



Sunrise di Gunung Kemerlong dan kami di hadiah kan awan karpet masa ni. Kemerlong ada dua view, gambar ni dari point of view yang pertama.



Yang ni dari point of view yang ke dua.



Five of us. masa ni dah ice breaking. dah tak malu malu dah. 

 Hikers-hikers Trip Gunung Kemerlong 29 Apr 2017 

 Masa turun ni Hakim injured. so we took a rest.

And the journey ends here. 

Akak harap sangat Cacinhikers akan berkekalan sampai bila-bila. selagi kudrat di badan kita ada, terus kan minat ni. Harap kita semua kekal rapat bukan saja di waktu hiking tetapi bila-bila masa sahaja.  love uuuoooolssssss.. muah 😘

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gunung Semanggol

PINTU WANG GUNUNG , PERLIS

GUNUNG BALING