GUNUNG BALING

GUNUNG BALING


Assalamualaikum.. Pendakian kali ini Cacin’ Hiker ke Gunung Baling yang terletak di Daerah Baling Kedah. Gunung Baling terkenal dengan pemandangan nya yang sangat cantik. Gunung Baling terdiri dari batuan kapur yang mempunyai ketinggian 546 m dari aras laut. Ini kali pertama Cacin' Hiker memulakan pendakian di awal pagi. Konon-konon misi mengejar sunrise la ni. Berangan je la nak, sebabnya hujan dah turun mencurah-curah subuh tu. Pukul 4:30 pagi kami berkumpul di kaki Bukit Gunung Baling. Trip kali ni di temani oleh abang Firus and Abang Syafiq. Padu abang-abang ni. Kalau di ingat balik di sini lah pertama kali Nada berkenalan dengan abang Jon. Sepatutnya 4:30 pagi tu kami mulakan pendakian seperti yang dirancang, tapi macam biasa yang terjadi kepada para pendaki yang travel ke tempat baru tentu la ada jugak sesat. Pakcik wave pun bukan boleh percaya. Banyak dusta. Walaupun hujan dalam hati masih lagi penuh keterujaan bagi kami si Cacin’ Cacin’ Hiker. Dalam hujan yang renyai kami memulakan pendakian seawal 4:45 pagi. Agak berdebar kerana ini pertama kali Cacin’ Hiker mendaki dalam keadaan hujan lebat dan pasti pendakian kali ini akan menjadi sangat extreme. Nada tentu la teruja setelah 3 bulan tidak hiking di tambah pula 3 minggu sakit. Rindu sangat nak hiking.


Di awal pendakian sudah pun mencabar fizikal dengan keadaan tanah yang sangat licin. Palang besi yang tersedia juga tidak banyak membantu dengan palang-palang tu pun licin. Aduihai.. Dalam keadaan yang sebegini be mindful, jaga setiap langkah kerana kemungkinan untuk jatuh tergelongsor sangat tinggi. Macam nada la jatuh ter gelongsor tersungkur cium terus tanah tu. Lepas tu bangun berlakon macam tak ada apa-apa berlaku, sakit tu simpan dulu, jaga air muka tu yang penting..hahaha.. 5 minit nada stay dalam posisi yang sama sebab takut nak bergerak muka je acah-acah berani. Tak ada jalan lain selain nada terpaksa berpaut pada beg abang Hakim untuk bergerak ke atas. Steady je dia, tak goyang langsung. Kalau nada angin sepoi-sepoi bahasa lalu sikit pun dah melayang dah. Yelah, badan nada size comel je abang Hakim size triple comel memang stabil la dia, statement saja cari gaduh. Hujan kian lebat mencurah-curah. Seronok juga sebenarnya mendaki dalam hujan ni. Sejuk sangat boleh rasa keheningan subuh hari. Namun perjalanan menjadi agak mencabar bila jarak pemandangan kian terhad di sebabkan keadaan yang gelap ditambah pula hujan yang lebah turun. Cahaya dari headlamp juga tidak banyak membantu menerangi jalan, mujur track pada permulaannya sangat mudah. Mudah-mudah tu pun habis nada langgar semua ranting-ranting pokok.  

Track yang seterusnya sudah di penuhi batu-batu dan akar-akar kayu yang memudahkan kami untuk berpaut. Mencanak juga la track ni. Macam biasa abang Hakim akan berada di belakang sekali sweeper sejati Cacin Hiker. Nak jadi sweeper mental kena kuat. Fungsi sweeper akan sweep pendaki yang injured atau pendaki yang slow. Kesabaran penting untuk menjadi sweeper. Sweeper lah yang akan menjadi pembakar semangat kepada pendaki yang keletihan atau yang berputus asa untuk meneruskan pendakian. Cuba kalau suruh nada yang jadi sweeper mahunya habis semua orang yang injured nada tinggal. Steady la abang Hakim. Dah jalan okay sikit tak seberapa licin terus nada tinggal diaorang laju saja mendaki ke hadapan. Tak tahu jalan pusing jugak belakang tanya abang Firus arah mana. Nasib baik abang Firus ikut belakang kalau tak tunggu la dalam gelap tu sorang2. Ini sangat penting kepada para pendaki dinasihatkan jangan mendahului para guider anda. Meski pun sewaktu hendak menuruni gunung kadang kita boleh tersilap nilai dan mungkin akan tersasar jauh dari track asal. Sedang kan dalam Maidin mall pun boleh sesat apatah lagi track yang tidak biasa kita lalui. Dah insaf dah sikit dengar la cakap abang Firus untuk tunggu Cacin’ cacin’ yang lain dekat tangga. Tak lama lepas tu dengar la kak Byy dengan Kak As merungut punya susah nak naik ke atas. Gigih betul diaorang, tak mengalah langsung. Yang tu okay lagi ni kes abang Tebuan ni teruk nau nada tengok dia merabat nak naik ke atas terserlah skill kecacingan dia. Apa la abang ni.

Pernah dengar tak macam mana bunyi nangka jatuh. Haa.. itu la gambaran macam mana Kak byy jatuh bergolek sebab licin. Bergegar gunung sebab Kak Byy jatuh. Menyesal jalan depan tak dapat tengok kak Byy jatuh bergolek secara live. lagi sayang tak dapat rakam moment-moment ni kalau tak boleh la membahan Kak Byy.. haha . Yang menariknya abang Firus ada tunjukkan di sepanjang track gunung Baling ni terdapat penanda yang mana terdapat umur-umur Nabi telah di pakukan pada pokok sepanjang track gunung Baling, sambil jalan-jalan tu boleh la belek-belek tengok penanda tu. Rasanya tidak menjadi masalah bila mendaki di gunung Baling untuk mencari arah kerana terdapat lampu neon yang menggunakan kuasa solar yang boleh digunakan sebagai pemacu arah. Tengah feeling-feeling boleh pulak abang Syafiq laju je jalan ke depan metal koyak la tu berjalan dekat belakang.

Kemudiannya para pendaki harus melalui track yang terdapat batuan besar. Pendaki perlu melalui di celah-celah batu yang besar macam melalui gua. Pendaki juga boleh memanjat batu-batu yang besar untuk naik ke atas. Ruang nya agak sempit muat-muat badan saja untuk di lalui, Kalau Nada senang je la lepas tapi kalau abang-abang dengan Kak Cacin’ Cacin ni hmmm.. no komen. Baru nak gagah tunjukkan skill rock climbing dia boleh cramp pula kaki, tersangkut nada kat celah-celah batu tu..haha nasib tak tergolek ke belakang. Terpaksa turun balik untuk safety. Itu baru Nada jangan tanya la Kak Byy dengan Kak As macam mana. Abang Tebuan nampak steady lagi masa ni selalunya masa-masa ni dia dah pewai teruk dah, tapi kali ni boleh lagi mengusik kak Byy. Cukup tidur la tu. 40 minit ye 40 minit kami habiskan masa untuk melalui batu besar ni.. lain kali nak gi Gunung Baling sila bawa tangga masing-masing. Tercungap-cungap Nada batu besar tu je pun punya seksa nak lepas. Nada ingat dah habis seksa dah. Baru nak bergembira sikit, boleh pulak tercucuk batang kayu yang melintang, bengkak habis bahu. Masa turun tu nada cari balik kayu tu tak jumpa. Kalau nada jumpa memang nada balut dengan hammock.

Dan akhirnya.. yay!!!

Puncak Gunung Baling

Jam 7:05 pagi akhirnya Cacin’ Cacin Hiker sampai ke puncak Gunung Baling dengan jayanya dan tentu la dalam keadaan yang basah kuyup. Pemandangan yang menyapa ruang mata Nada membuatkan Nada terdiam sendiri. Ianya sangat cantik dan sangat memukau. Kabus yang melitupi seluruh kawasan gunung Baling sangat mendamaikan. Betul lah orang kata selepas hujan pastinya akan ada pelangi. Sapaan bayu yang lembut membuatkan Nada tersenyum selepas perih sakit yang Nada lalui selama 3 minggu dengan kerja yang bersilih ganti kesakitan tu hilang secara perlahan-lahan bagai di tiup angin lalu. Nada lagi tersenyum bila tengok Cacin’ Cacin Hiker yang dah pun terlentang dah. Penat la tu. Kalau bukan sebab diaorang mungkin nada tak akan sampai ke sini. Nada harap saat ni tak akan terpadam buat selama-lamanya.


Kabus yang meliputi segenap ruang.


Terlalu indah untuk di ungkapkan.

Tak sempat nak landing smoking pulak abang-abang ni, gigit gak sorang2. So bawa diri la melihat kawasan.

Tempat yang kitaorang pilih paling sempoi untuk melepak.

Tengok muka abang Tebuan..haha

Kegigihan abang Jon

Ni Nada rembat hammock abang Tebuan.

Tak sampai 5 minit ni la jadinya.
Abang Firus..


gambar acah-acah comel dari abang-abang Cacin'
ngeri oii.



Abang Hakim... gayat ni..

nasib iman ni kuat kalau tak nada tolak dah abang Tebuan.


gunung yang kat belakang kitaorang tu Gunung Pulai.




Kak As dan gunung-gunung nya..



Jam 9 ke 9 setengah tu kami dah mula bergerak untuk menuruni Bukit. Sebelum itu menjadi kemestian pada para pendaki untuk bergambar kenangan dengan signboard gunung Baling. Abang Hakim ada la suruh bergambar sorang-sorang dengan signboard gunung Baling, berkeras tak nak .Menyesal gak la.. haha.. 

Abang Jon dan bentuk lovenya yang tak jadi..haha




Gambaran di Puncak Gunung Baling
Kak Byy..
 Mengeluh gak la bila Nada terkenangkan balik terpaksa melalui track yang sama untuk turun ke bawah. Terutama track batu besar tu. Sepanjang perjalanan menuruni gunung tu Nada dengar suara abang Syafiq je ketawa. Amboi seronok betul dia. Mana tak nya Nada bergolek- golek macam panda dekat atas tu. Masa Nada bergolek tu Abang Syafiq relax je dia rakam. Dalam duk rakam tu sempat gak hulur tangan nak tolong. Nak marah pun tak jadi. Teringin nak on trek sekali lagi dengan abang Syafiq kalau dia tak jatuh pun Nada sendiri yang nak tolak dia lepas tu rakam dengan bangganya…hahhaha.. Dah la jatuh tangan pulak tercucuk duri. Dah sakit baru la menangis-nangis cari abang Hakim minta tolong. Sedangkan dari awal pendakian sampai la menuruni gunung ni memang asyik melawan cakap dia je. Itu la lain kali jangan melawan Kan dah mendapat.

Sempat lagi, kalau sehari tak mengusik Nada memang ibarat cacing kepanasan la.


Semasa menuruni track untuk ke gua kambing kami berselisih dengan beberapa orang yang sedang mendaki naik, tengok dari keadaan diaorang memang penuh dengan tanah merah. Mesti bergolek gak diaorang hahaha.. Nada dah boleh bayang kan apa yang diaorang lalui. Bertabah la adik-adik. Ada sorang awek cun ni sampai muntah2 dekat situ. Dengan rasa rendah diri nya abang-abang Cacin’ ni pun tolong, tanya macam-macam soalan. Eh concern betul abang2 ni. Haha.. tak mau kata apa.

Balik tu memang lebam la badan mana tak nya jatuh bergolek macam nangka busuk. Tak apa asal muka still tak bercalar itu yang penting. Kang jatuh saham pulak. Trip kali sangat menyeronokkan dengan hujan yang turun mengukir lagi satu pengalaman yang baru. Nada pasti akan rindu kan gunung Baling every part of it. Pesanan Khidmat Masyarakat kutip sampah-sampah yang anda bawa bersama anda, jangan cemarkan keindahan Gunung Baling. 

Best Regard,
Cacin' Hiker



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gunung Semanggol

PINTU WANG GUNUNG , PERLIS