PENANG HILL




Assalamualaikum… Salam Cacin’ sekalian..

Entry kali ini nada akan cerita kan tentang bukit Bendera atau lebih dikenali sebagai penang Hill yang mempunyai ketinggian 735 meter (2411 kaki). sesiapa yang kurang berminat hiking juga boleh ke Bukit Bendera menggunakan kereta api yang di telah sediakan.

Usai solat subuh 6:20 pagi kami memulakan destinasi ke Botanical Garden. Sebenarnya Cacin' Cacin ni bertolak awal lagi dari pukul 5 subuh dari Sungai Petani. Nak sampai ke rumah Nada itu yang sesat. sesat ye sesat. Nada tak tahu macam mana diaorang boleh sesat walaupun banyak signboard yang ada jelas..hmmm. Ini trip yang pertama dengan Cacin' Hiker ke Penang Hill bersamaan 6 may 2017. Trip yang ke dua pada 9 may bersama Kak eita.

Sempat lagi kak Eita breakfast sebelum hiking..nasi lemak kot.. nak membakar kalori sungguh ni.


Moon Gate

Penang Hill, Di sini lah bermulanya nada mengenal dunia hiker yang sangat comel dengan pakcik pakcik plus makcik makcik ni.. Abang Hakim yang bawa nada mengenal mereka dan di sini Nada mula kenal Cikgu, Abg Tebuan, Abg Khairel dan Kak Eita. Dan siapa sangka mereka jadi orang yang terpenting dalam hidup nada. Ingat tak lagi kali pertama kita hiking sekali? Ingat tak lagi masa kita sampai di puncak bersama? Klau tak ingat faham la faktor usia.. hahaha..

Dengan lafaz Bismillah kami mulakan pendakian. Yang mana pendakian melalui Moon Gate untuk ke bukit bendera. Sebenar nya selain Moon Gate para hiker juga boleh melalui Track warisan untuk ke Bukit Bendera. Track yang pertama yang harus para hiker harungi ialah track tangga yang tersedia hampir suku pendakian ke bukit Bendera. Tangga ni terus menuju ke hati saya dan awak. Kalau ikut hati mahu menangis mendaki tangga ni. Perit yang tak terkata nak oii.. sampai tercungap-cungap itu baru 15 minit yang pertama dah teruk dah. Masa mendaki tangga tu sempat jugak la berpusing ke belakang. Hmmm… mana hilang nya semua abg-abg Cacin’ ni Kak Eita pun hilang tanpa di kesan sedangkan tadi berjalan dengan dia.. mesti tengah merangkak-rangkak gigih nak naik.. Bukan niat daku untuk meninggal kan mu…haha
Tangga ni terus ke menuju ke hati.. bagai igauan mimpi ngeri..hahha

Lepas rasa macam bertahun menunggu, baru la nampak bayang Cikgu dengan Abg Hakim. Abang Hakim dah terjerit-jerit tanya keadaan abang Tebuan. Abang Tebuan dah pewai teruk dah dekat belakang, dah macam hilang separuh nyawa. Teruk serious teruk tengok keadaan abang tebuan. Sampai menyulur-nyulur hahaha.. Pewai ni memang sinonim di guna pakai oleh para hiker. Definisi bagi pewai ni ialah  penat yang melampau sehingga tak mampu untuk melangkah atau definisi lain nya ialah tidak bermaya. Korang perlu mendaki sendiri baru lah tahu apa itu erti pewai. sampai je abang tebuan diaorang dah kalut suruh minum air lah apa la, basuh muka la, tarik nafas bagai. Diaorang care about each other. Nada senyum je la tengok, betul la Persahabatan itu tak pernah di mamah usia, kalau di jaga makin sempurna.

hahaha..pewai teruk.

kesian abg Tebuan


Dah nak sampai ke Pit Stop


Pendakian tangga membawa kami ke pit stop yang mengambil masa tak sampai 5 mint. Di sini korang boleh lepak-lepak santai. Pemandangan nya juga sangat cantik dan menyamankan. Terdapat juga kemudahan toilet di pit stop ni. Di sini juga tersedia Outdoor gym. Kalau korang larat boleh la gagah bergym..

Abang Tebuan dan muka nak menangis beliau..hahah

Dah ok dah abang Tebuan😊



santai-santai enjoy view dekat outdoor gym


Dalam 15 minit berehat kami meneruskan pendakian. Track yang seterusnya landai sahaja. Kemudian Berhenti di K32 or K39 kalau Nada tak silap. turun saja di bawah di situ ada tempat rest and view dia memang osemm..
Comelnye I dekat situ..aduihai

hiking diteruskan dalam setengah jam, track pun santai dah boleh relax sedikit. Tiba-tiba dengar abg Hakim panggil pusing je belakang dah terlentang semua Cacin’ Cacin ni.. alolo sian nya. so rehat la dulu, sambil selfi-selfi. Fresh dalam ingatan yang kak Eita masa kitaorang berhenti rehat berasap badan dia macam baru telan petrol..haha
sebahagian track yang landai.
 
masa ni la berasap badan kak Eita..nasib tak terbakar..hahaha


Lebih kurang 20 minit dari check point k9. Track akan berakhir dengan menemui bangunan kosong kecil, di sini terdapat dua jalan yang boleh di lalui para hiker untuk ke puncak iaitu melalui jalan tar atau pun jalan hutan.. dah nama pun Cacin’ hiker memang hutan juga yang di carikan, so nada bawa diaorang melalui jalan hutan.






Gigih Kak Eita tolak batu.

Hati-hati ye sebab track para hiker guna berkongsi dengan para cyclist. Lebih elok beri laluan pada cyclist terlebih dahulu  ianya untuk mengelakkan kemalangan yang tidak diingini berlaku. Dah santai-santai berjalan tu Nada senyum sampai ke telinga bila nada tersedar yang Nada dah tersilap bawa diaorg ke kebun yang memang dijaga oleh anjing…hahaha mati aku..

“ok Nada rasa macam silap jalan je ni”

Muka dengan tak bersalahnya, tak bertauliah punya guider. Ceroboh kawasan larangan. Kalau kena kejar anjing masa tu tak tahu la. Akan ada dua jalan di track ini. Track yang sebetulnya ialah track pacak 83˚ so memang ke atas la yang bawah tu ialah kebun yang dijaga rapi oleh beberapa ekor anjing. Ada signboard dilarang masuk sebenarnya di situ. Nada tak tahu apa yang Nada berangan sampai silap track hahaha. Dan akhirnya pendakian di track ini berakhir bila bertembung dengan landasan kereta api. Kat sini rehat-rehat la dulu, seksa baru nak mula…hahaha..

Abang Khairel dan ulat gonggok nya.
Viaduct Road..


seksa baru nak mula.

cross section of Viaduct Station.


kereta api yang menuju terus ke puncak Bukit Bendera.

gaya acah-acah macho yang tak seberapa nak menjadi.

selepas berehat seketika Track yang seterusnya ialah tangga, dan tangga dan tangga. Bila nak habis pun tak tahu.

Tangan abang Hakim kena duri masa ni...hhaha tula nakal sangat.

sempat lagi smoking..

Track seterusnya track cement mencanak juga la, kemudian akan nampak bilik pencawang TNB sebelum sampai ke Medan Selera Bukit Bendera. Hmmm…teringat abg TNB..cc abang Khairel hahaha..
yeayyyy!! dah sampai

Bapak Cacin' dengan bangganya dan berjayanya sampai ke puncak.
Kak apa yang kak buat tu.

The Cacin's Avenger
landasan kereta api.

full view penang dari puncak Bukit Bendara

yeye.. tahu tupai tu lagi comel dari nada. Dah diam..

Dah sampai foodcourt dia makan la ais kacang special dia sampai puas. Macam-macam pilihan ada. bukan setakat ais kacang je laksa, nasi ayam dan sebagai nya. Untuk para hiker ada sedikit potongan harga. Ais kacang special pun macam untuk dua orang makan. Memang terbaik lah.
kira reward la untuk diri sendiri dah penat-penat hiking, pekena la ais kacang.

makan jangan tengok kiri kanan kang cair ais kacang tu. 

 lepas makan tu boleh la meronda pusing-pusing kawasan sekitar. cuci-cuci mata. macam-macam aktiviti yang boleh ditinjau.
monyet jadian.

 
Rindu time ni..ada segenap rasa yang tak terbagi antara kita, yang hilang tanpa sedar.
 Masa nak turun tu kitaorang pilih untuk menggunakan jalan tar. Berapi lutut sebab jalan tu curam. jatuh sekali je mahu bergolek sampai bawah. Trip yang kedua dengan kak Eita kitaorang pilih naik 4wd..hahaha punya malas nak turun jalan.


muka habis buruk dah ni sebab takut tercampak keluar..hahah

finally sampai Botanical Garden dengan jayanya.
Rindu masa ni. Cukup lah sekali nada ingin Cacin Hiker duduk bersama bertukar cerita bergelak ketawa bersama. Macam pertama kali kita kenal.

Best Regard
Cacin' Hiker(nada)

Untuk abg Hakim yang still warded. Get well soon Abg and all the Cacin' are still waiting for your recovery

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gunung Semanggol

PINTU WANG GUNUNG , PERLIS

GUNUNG BALING