PINTU WANG GUNUNG , PERLIS



Assalamualaikum wbt. 
Hello hai haiiii.. Cik Ta in the houseeee.. hahaha..

Okay nak cerita sikit pengembaraan cacin cacin pada kali ni. Kali ni kami mendapat jemputan dari Cikgu Chot (sahabat baik Cikgu Sayuthi) untuk menjadi pembantu guru-guru untuk membawa dan menjaga (guidance) anak murid mereka mendaki Pintu Wang Gunung. Memandangkan ramai anak murid yang terlibat tetapi hanya 4 guru-guru yang menjadi penjaga, Cikgu Chot menghubungi Cikgu Sayuthi dan mengajak rakan-rakan hikers beliau sekali. maksudnya kami lah tu. Wah, cacin cacin lompat bintang lah dapat trip free.. hahaha..

Cikgu Sayuthi dan team Cikgu Chot bersama anak murid bertolak ke perlis sehari sebelum tarikh mendaki manakala Akak, Hakim, Khairel dan Tebuan bertolak ke Perlis pada pukul 4.00pg keesokan hari nya. Mengantuk akak drive kat highway pagi tu. Siap salah-salah jalan lagi nak cari homestay tempat penginapan mereka. kejap guna waze lah, kejap guna maps lah. semua tak kena. 😑😑😑

Kami sampai di Homestay Cikgu Chot pada pukul 6.00pg , singgah solat subuh dan breakfast siap-siap sambil menunggu anak murid dan semua cikgu-cikgu bersedia untuk menuju ke lokasi mendaki.

Bas telah di sediakan oleh pihak penganjur. Lama tak rasa naik bas sekolah. Bila naik bas sekolah sekali dengan adik-adik ni rasa macam mengimbau betul kenangan zaman sekolah dulu. Bas bergerak dalam pukul 8.00pg. Perjalanan menuju ke Lokasi mendaki di Sg Batu Pahat, Kangar mengambil masa dalam 20min je dari homestay. Tak sempat nak curi-curi tidur dah sampai. hahaha..

 Permandangan semasa perjalanan ke lokasi.


Trek bermula betul-betul di depan jalan besar ni. 

 Lets start!! 
Untuk stage pertama, permulaan trek melalui jalan-jalan denai begini. masa ni muka masih senyum lagi. perut tebuan pun elok lagi masa ni. hahahaha.. tunggu jap lagi..

 Masa ni kami semua masih boleh control lagi adik-adik ni. 

 Untuk stage kedua, trek dah mula mencabar. Banyak laluan pacak dan perlu mengguna kan tali.

Bila dah start mengguna kan tali ni, adik-adik ni dah mula la koyak mental. Ada yang menangis (especially perempuan la) sebab asyik jatuh dan kena gigit pacat. akak pun geli pacat dik. kau jerit akak pun jerit. hahahaha..

 
 Pon Pon, Keretapi nak lalu 😂😂😂

Nasib baik ada dua cacin ni. Allah.. Memang penyelamat sangat. Ada satu part, khairel dan hakim kena kendong sorang-sorang untuk lepas kan mereka melalui trek yang susah tu. Bab pikul bag diorang tak yah cakap lah. hakim, khairel dn tebuan sampai kena pikul 3-4 bag dalam satu satu masa. hahahaha.. rasakan. nak sangat jadi guidance kan 😆😆😆

Bila dah habis stage kedua, terdapat satu kawasan yang agak landai dimana kami semua berhenti rehat menghilang kan lelah. sementara tu Cikgu Chot pergi membuat survey untuk trek stage ketiga. 

Beliau turun dan memaklumkan bahawa trek tersebut tidak sesuai untuk di daki oleh anak-anak sekecil mereka ini. Trek kejam berbatu-batu. Setelah membuat sedikit perbincangan, kami membuat keputusan untuk menerus kan pedakian ke puncak tetapi beberapa cikgu di tinggal kan untuk menjaga anak-anak murid di situ. Alang-alang dah sampai, tak kan nak patah balik. Rugi woih.. So yang sambung mendaki , akak, cikgu sayuthi, cikgu chot, hakim, tebuan, khairel dan cikgu ina.

So perjalanan di terus kan dari stage ketiga sehingga peak. Lets hit it! 

 Perjalanan harus melalui trek berbatu dan tajam seperti ini. Kau kena layan trek macam ni sampai peak dik oih. Di saran kan memakai glove untuk mengelak kan jari mu terluka. ouch!
 Trek ni akak cakap kau, kalau tersadung tak kepala bocor, punggong ko berlobang lagi. hahaha.. serius wei! Dari stage 2 ke stage 3 mengambil masa satu jam setengah jugak nak sampai. Mental nyaaaaa 😰😰

 Dia boleh senyum lagi. huuuuuu 😑

so sambil-sambil koyak mental tu, kau hilangkan lah kegusaran di hati dengan mengambil gambar. Jom Layan.

 







Sepanjang pendakian kita akan jumpa batu sempadan Malaysia & Thailand. kira kita sat p malaysia sat kona p Thailand la konon. Acah2 travel p oversea la kan. hahaha..



Setelah melalui liku-liku perjalanan sepanjang trek tu, akhirnya kami sampai di peak dalam pukul 11.30pg. pheeewwww.. Peak pintu wang gunung Kecil je kerana agak berbatu dan tajam. Tiada tempat landai untuk kau duduk-duduk bersimpuh pun. Cuaca gerimis dan agak berkabus masa tu. jadi kami tak ambil masa yang lama atas peak kerana mengenangkan adik-adik kat bawah tu dh menunggu. Ni akak hidangkan pada korang gambar kemenangan di atas peak. hahaha.. yay! victory!!







Perjalanan turun mengambil masa 2jam untuk sampai ke bawah. Bila kami sampai stage 2, adik-adik td semua dah takde. dah turun dulu dengan cikgu-cikgu yang di tinggal kan. semua dah tunggu dalam bas. ada yang siap tido sebab nak dekat 2 jam gak diorang tunggu kami. haha..

Jadi.... akhirnya, habislah sudah perjalanan pengembaraan cacin'hikers menjadi guidance di Puncak Wang Gunung. Pengembaraan kali ni memang satu pengalaman yang berlainan sangat sebab ia mengajar kau erti kesabaran apabila perlu menjaga anak-anak dalam hutan. hahaha.. 

tak lupa juga, terima kasih kepada Cikgu Chot dan team kerana menjemput kami ke trip ini. kalau perlukan pertolongan cacin cacin ni lagi jangan lupa roger kami kay. 

Sampai kita bertemu lagi. Dan untuk penutup entry kali ini, akak belanja gambar abam khairel yang paling maaaanis sekali dan gambar abam hakim kecundang di medan perang..

jangan mara haaaaaa!!

wassalam.

Ulasan

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. maaf cikgu, adekah perlu upah guide dan permit?? TQ

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gunung Semanggol

GUNUNG BALING