Asalammualaikum w.b.t..
Rasanya dah lama Nada tak update blog ni. Diam tak diam keluarga Cacin’ Hiker semakin besar. Lagi ramai pakcik2 and Makcik2 Nada yang stay young. Kali ini Cacin’ Hikers meneruskan lagi pendakian, dan pendakian kali ini kami cuba untuk menjejak Gunung Semanggol yang terletak di Daerah Kerian, Perak dengan ketinggian yang hanya 390meter dari aras laut.
Trip kali ini trip yang sesantai-santai nya, dengan menggunakan bantuan adik Nada, Sham. Sebagai guide. Sham dah biasa dengan gunung semanggol sebab itu trail running setiap kali hujung minggu.
Dari awal lagi pandangan Sham telah tertutup, mungkin cuba untuk menguji Sham sahaja.
“kak kita pergi depan sikit”
Depan sikit itu lah yang membuatkan kami tersasar jauh. Jauh ke dalam hutan. Hutan kian menebal, jelas di kaki yang kami jejak ialah belukar bukan lagi trek hiking. Keadaan kian kelam dan suram. Macam-macam perasaan mula menerjah saat tu. Keadaan mula menjadi kelam kabut dan hampir berpecah. Sedar yang kami telah disesatkan, kami berkumpul dan mula bergerak turun ke bawah sehingga menemui anak sungai dan menyusuri nya. menyusuri anak sungai ini hanya menemui jalan mati kami tersesat lebih jauh dari trek asal. Kedengaran azan tak jauh dari kami, di situ kami ambil masa untuk solat dan berehat.
Nada cuba call admin kaki hiking, sorang pun tak angkat. Yela 5:30 pagi siapa yang nak angkat call Alhamdulillah dalam mamai Harisz angkat call dan dalam mamai jugak la Harisz arrange group The Journey untuk mencari kami. Sementara menunggu kedatangan Harisz dan yang lain. Kami naik ke atas kembali mencari tempat yang lapang untuk berehat. Dalam menunggu pun masih ada gangguan tapi Sham hanya diam membisu pendam sendiri.
Sukar juga untuk Haris menemui kami hampir buntu dengan hutan yang dia rasakan tak seperti selalunya. Walaupun hari sudah cerah masih melilau Harisz mencari kami. Tiada satu pun jejak yang kami tinggalkan untuk panduan Harisz. Alhamdulillah penantian yang panjang berakhir Harisz dan The Journey muncul di hadapan kami. keadaan diaorang pun teruk masa sampai dekat kami, sebab tak prepare apa pun. Bekalan air pun tak bawa. Bangun tidur terus drive ke gunung semanggol dari Bagan Serai. Salah seorang dari ahli The Journey ialah kawan zaman persekolahan Nada yang dah hampir 7 tahun menghilang. Amy Azran, hidup lagi rupanya mamat ni. Tengok saja dia terimbau kenangan yang lalu rindu semua, kenangan yang menjadikan siapa diri nada sekarang.
Sekali lagi kami diuji sewaktu cuba untuk keluar dari hutan tu kami tersesat lagi. Tiga kali berpusing di jeram sungai yang sama. Geleng kepala nada tengok Amy, Nada letakkan kepercayaan pada The Journey sepenuhnya. Diaorang sanggup ketepikan semua benda dan terus berlari datang dengan hanya 1 panggilan dari Nada dan Nada yakin diaorang boleh cari jalan keluar. Alhamdulillah kami semua selamat keluar. Sesungguhnya Allah itu menghantar bantuan yang sebaik-baiknya untuk hambanya.
Selepas itu kami bergerak ke Padang Rengas Kuala Kangsar. Rumah abang Tebuan. Kami berkelah dan bermandi manda di Paya Lintah, tak jauh pun belakang rumah Abg Tebuan saja.
|
you will never feel it until you go through it. Tapi tulah jangan minta la nak oii..
|
|
Abang Faez |
|
I resign jadi guider tapi kalau jadi guider menuju terus kehati awak boleh la.. |
|
Kampung Paya Lintah |
|
kak Eita dan durian berpisah tiada. |
Sebabkan ralat tak sampai ke puncak gunung Semanggol. Selepas seminggu kami aturkan
satu lagi trip untuk ke gunung semanggol. Kali ini menggunakan Khalil sebagai guide. Bertauliah la sikit. Trip kali ini ramai gak lah sebab disertai Group dari BPDM(Biar Pewai Dari Mereput). Jangan mereput sampai sesat kat atas tu sekali lagi sudah.
Dengan lafaz Bismillah, jam 4:30 pagi kami mula menyusuri trek kebun kelapa sawit kanan Masjid An-nur. Trek pada awal nya sangat landai dan sangat mudah untuk di lalui. itu untuk 15 minit permulaan perjalanan. Kemudiannya trek pacak yang hampir 82˚ pacaknya. Memang berlaga lutut hingga ke dada mencanak nya. Banyakkan mengucap untuk trek ni. Hampir 75% trek ke puncak memang trek pacak. Semput jugak la. Kecacingan menghadap trek ni mencanak lain macam. Salah langkah boleh jatuh bergolek sampai ke starting point balik. Yang paling best bila berhenti untuk rehat sekejap boleh rasa angin sepoi-sepoi, sejuk saja. Memang enjoy. Hilang semua masalah. Tapi tulah sepanjang jalan ye Cacin’ Cacin’ duk membahan fasal sesat dekat Nada siap buat dokumentari lagi. Teringin nak kena tolak jatuh ke bawah gaung lerr tu.
Dan akhirnya 5:55 pagi kami tiba di puncak. Yeayyyyy!!! Selepas seminggu dengan sesat nya entah ke mana. Akhirnya Cacin’ Hiker sampai jugak di puncak Gunung Semanggol.
|
Sapaan pemandangan yang cantik di puncak Gunung Semanggol. |
|
Selepas seminggu sampai jugak di puncak |
|
Adha.. |
|
kunyit-kunyitan.. |
|
Cacin' avenger |
|
energy level zero.. |
|
kak moon and kak ita leo.. |
|
Cacin' Cacin' ni kalau tak mengusik memang tak sah. |
|
Amaran keras: Jangan tiru aksi ini di tepi gaung |
|
Jangan cakap abang tak payung.. |
|
makluk yang tak dikenal pasti |
|
Ini panjang.. |
|
Ini panjang dan pendek..hahah..jengket teruk tu
|
Jam 8:30 pagi kami mula untuk bergerak turun ke bawah. Selepas berehat seketika kami bergerak ke Kuala Kurau untuk makan mee udang di Parit 30.
Bismillah..
|
Terbaik Mee udang dia |
Abang Hakim nak hantar nada balik rumah pun kitaorang sesat jugak. Nada confused mana kiri dengan kanan hahaha.. sorry la hati mana yang nada tak sampai tu, sah sesat la tu..hahaha
Kadang ada orang tak pernah percaya sehinggalah dia lalui sendiri. Dalam kehidupan ni bukan kita sahaja yang sebagai penghuni ada makhluk lain yang menumpang sama. meski tak dapat di lihat dengan mata kasar. Boleh beza antara sunyi hutan dan sunyi yang lain macam, sebagai Khalifah pandailah beradab. Hutan memang menyeronokkan sebab tenang tapi berhati-hati lah.
epic exploration! i only been to hiking at bukit gasing lol
BalasPadam