GUNUNG KEMERLONG


Gunung Kemerlong 

19 Ogos 2017




Asalamualaikum.. Kali ini Cacin’ Hiker meneruskan lagi pendakian. Dan pendakian kali ini ke Gunung Kemerlong yang terletak di Bendang Man, Sik Kedah. Yang mempunyai ketinggian 2316ft/706m .Trip kali ini disertai seramai 32 orang termasuk 3 orang sukarela guider yang mana di ketuai oleh Achik Min. jam 11 malam si Cacin’ cacin hiker pun berkumpul di hadapan KFC. Bersemangat semua, Ah lupa kasi tahu Jon dah jadi one of the Cacin’. First meeting point kami di pearl island adventure camp  ada lah dalam 20 minit di situ. sempat bergambar dan bersuai kenal. Kemudian sama-sama bergerak ke rumah Achik. Sampai saja di rumah Acik macam biasa la Achik bermukadimah tentang pantang larang menaiki bukit dan membuat sedikit regangan badan sebelum memulakan pendakian. Jam 3 pagi kami mulakan pendakian.
Kami mula menyusuri jalan kebun getah, 45 minit yang pertama sangat santai bagi yang dah biasa hiking. Dah rasa macam berjalan2 di tepi pantai sambil menghirup angin malam. Trek yang jelas untuk sampai ke simpang lima. Sangat enjoy. Tapi itu baru permulaan kepada cerita yang akan kekal dalam kenangan Cacin’ Hikers.

Sampai saja di simpang Lima. Belek-belek lah kasut tu. Kalau tak ada pacat yang buat cubaan mendaki ke kasut tu kira Alhamdulillah la. Kalau ada berserah jela pada takdir. Disarankan pakai stokin bola, seluar masukkan dalam stokin. Lebih mujarab bawa serai wangi atau bygone sebelum hiking tu sembur dulu ke kasut bagi pacat tu pening. Serai wangi hanya mampu memabukkan pacat kalau guna air garam mati terus pacat tu, Nada saksikan sendiri secara live experiment yang abang Khairel buat so bawa air garam sembur dekat kasut. Dalam geli tu. Yang paling seronok bila tengok kak Ita dengan Kak Byy melompat menjerit menggelitik bila sang pacat menyinggah ke kaki. Bukan setakat orang pacat pun terkejut dengar diaorang jerit… adududu comel betul. Abang Hakim la Hero buang pacat.

Pendakian yang seterusnya track pacak 80 darjah. Mengah juga la hadap track ni. Sekejap saja track ni sebenarnya tapi di sebabkan suasana yang gelap gelita membuatkan perjalanan agak sukar dan panjang. Di pertengahan jalan mula la langkah pun dah berat tapi digagahkan jugak menyulur naik dah macam cacing dah.. Teruk Nau. Kemudian pendaki akan melalui track yang berduri. Hati-hati dengan track ni, pastikan pakai glove semasa mendaki. Track berduri ni pun tak lama sekejap je. Dah 10 kali dengar abang guider cakap nak sampai dah. Ini yang kita panggil white lie. White lie yang mana pembohongan untuk memberi harapan palsu kepada para hiker yang puncak yang di tuju sudah hampir. Kemurungan aku dengar penipuan abang-abang guider ni. Kau jangan caya cakap abang guider ni..haha. Lepas tu dengarlah Tebuan cakap “dua corner lagi” dia pun termengah-mengah minta nyawa..hahaha. Abang hakim berada di belakang sekali sweeper sejati la katakan.,sama-sama dengan kak byy dan kak As jauh diaorang tu dapat agak dah berdasarkan jeritan yang kadang kedengaran dari kak Byy, jerit sebab pacat la tu.

Dan akhirnya Jam 5.45 pagi kami sampai di puncak gunung kemerlong. Jangan risau Acik dah sediakan tempat solat untuk yang nak menunaikan solat. Solat jangan tinggal tau, gunung tu pun milik Allah apatah lagi kita ni. Yang bestnya Kak Ita hampar rain coat landing atas tu terus tidur, sekali dengan kak as dan kak byy tidur. Better bawa hammock sebab dekat atas tu banyak port yang boleh gantung hammock. Tapi beringat jangan tidur terus dalam keadaan badan yang penat, rehat-rehat kan badan dulu dalam 10 ke 15 minit. Tapi sayang awan karpet pada hari tu tak ada. Niat kami yang ingin mengejar sunrise juga sedikit hampa, tapi jangan risau tetap berbaloi sebab pemandangan di atas puncak kemerlong sangat cantik.
Sunrise di puncak Kemerlong

Akak-akak gangsta Cacin' . Kak Ita siap berselimut bagai.

Bangun je tidur terus selfi, then makan, selfi lagi pastu sambung tidur balik buat macam rumah sendiri atas puncak tu. hahaha..

Chef Cacin'Hiker. Maggie Abang Tebuan memang power, macam jampi je dia taruk dalam maggie tu..ewah
Abang Tebuan kacau kak As tengah tido. Masa ni serius muka jahat kelihatan, dah berkira nak panggil abg Hakim azan kan dah.

Landing sambil enjoy sunrise. 

Abang Long kawasan Cacin' telah menakluki Gunung Kemerlong dengan jayanya.

mak and bapak Cacin' Hikers

Jam 9 pagi mula hike turun, lama betul lepak-lepak dekat atas puncak. Menuruni bukit adalah situasi yang sangat berisiko kerana trek nya yang curam, tak kira lah mana-mana gunung pun sama saja risikonya. Cuma perlu berhati-hati. Pemilihan kasut paling penting. Pastikan tapak kasut mempunyai cengkaman yang kuat. Takut tergelincir orang lain tak boleh sambut sehebat mana sweeper tu pun dia bukan lah superman yang boleh terbang nak sambut korang, bahaya. Nak senang pakai kasut crocs je settle masalah. Di setiap track yang curam pastinya akan ada tali bagi memudahkan para hiker untuk naik ke atas mahupun turun ke bawah. Pastikan cuma seorang pendaki yang gunakan tali pada satu masa, untuk mengelakkan kedua-dua pendaki terjatuh jika salah seorang pendaki tergelincir dan berpaut kuat pada tali. itulah yang terjadi pada Nada terlalu leka terus terlepas pegangan dari tali terus jatuh. Masa ni dah start feeling feeling pening dah. Dah tak dengar apa yang orang cakap. Masa ni merap teruk dah dekat abang Khairel. Ku relakan jiwa turun ke bawah. Hati kena kental dalam situasi macam ni. Lawan balik. Kita tak tahu sekuat mana diri kita sehingga kan kita mengharungi sesuatu yang nyata bagi kita mustahil sebelum ni. Stand on your feet and fight back.
Simpang Lima


Sempat lagi mengusik. Nasib baik tak bermaya masa ni kalau tak Nada dah baling pacat dah kat diaorang.


Alhamdulillah sampai di Simpang Lima dengan selamat. Macam biasa la pacat.!!! itu wajib didengar. Mata tiba2 kabur kak byy pun dah nampak macam ada dua. Lemasnya hanya Allah yang tahu. Takut abang dengan kakak-kakak risau telan perih sorang2 jela. Sedar2 dah ada dalam hammock. diaorang tak ada jalan lain selain mengusung Nada turun sebab Nada jalan dah terhuyung-hayang pastu pitam. mengamuk nada nak turun. Kepala dah rasa panas nak bernafas pun dah rasa sesak dada dalam hammock tu.  

“Nada kalau turun pun bukan boleh jalan pun”

Menitis air mata tu last dalam memori lepas tu semua gelap je dunia. Memang menitis la air mata sebab tahu Cacin’ cacin' ni la yang sedaya upaya nak selamatkan Nada. Tentu la nada kena ban sebulan dari hiking. Lepas tu kan seharian kena bebel. Dalam facebook bersepah-sepah diaorang buat thread fasal nada pewai. Nak marah sayang hmm.. sabar jela. Alhamdulillah semua selamat naik dan turun. Itu yang penting.

Achik buat trip hiking plus trip makan durian, selalunya trip makan durian ni terhad. Siapa yang cepat dapat la. Murah pun murah lepas tu makan la banyak mana nak makan. Memang berbaloi.
Kebun Durian Acik.



Boleh agak berdasarkan gambar memang melantak durian diaorang ni bukannya makan.

Pesanan khidmat masyarakat Please Jangan ambil Panadol masa perut tengah kosong and Please kalau sakit bawa ubat la nak.. jangan jadi macam nada kalau ikutkan hati diaorang sah Nada kena luku tu.Trip kali ini mengajar apa itu erti pengorbanan dan apa itu kasih sayang antara kami si Cacin' Hikers. 

Special Thanks to Acik. Trip yang sangat osemm.. terima kasih jugak dekat sweeper yoo cerah dunia Nada balik lepas kena bebel bahasa hulu sik dengan dia. Tak lupa juga buat family Acik layanan yang sangat mesra dan baik buat kami. Kalau berkeinginan untuk ke Gunung Kemerlong boleh terus ke Facebook Gunung Kemerlong.
Best regard
Cacin’ Hiker..














Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gunung Semanggol

PINTU WANG GUNUNG , PERLIS

GUNUNG BALING