GUNUNG KEMERLONG
Gunung Kemerlong 19 Ogos 2017 Asalamualaikum.. Kali ini Cacin’ Hiker meneruskan lagi pendakian. Dan pendakian kali ini ke Gunung Kemerlong yang terletak di Bendang Man, Sik Kedah. Yang mempunyai ketinggian 2316ft/706m .Trip kali ini disertai seramai 32 orang termasuk 3 orang sukarela guider yang mana di ketuai oleh Achik Min. jam 11 malam si Cacin’ cacin hiker pun berkumpul di hadapan KFC. Bersemangat semua, Ah lupa kasi tahu Jon dah jadi one of the Cacin’. First meeting point kami di pearl island adventure camp ada lah dalam 20 minit di situ. sempat bergambar dan bersuai kenal. Kemudian sama-sama bergerak ke rumah Achik. Sampai saja di rumah Acik macam biasa la Achik bermukadimah tentang pantang larang menaiki bukit dan membuat sedikit regangan badan sebelum memulakan pendakian. Jam 3 pagi kami mulakan pendakian. Kami mula menyusuri jalan kebun getah, 45 minit yang pertama sangat santai bagi yang dah biasa hiking. Dah rasa macam berjalan2 di ...